Gempa bumi sederhana di timur laut Taiwan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan timur laut Taiwan pada 6.02 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 269 kilometer (km) dari barat Naha, Jepun dengan kedalaman 143km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama