Undi 18: Majlis Setiausaha PH ingin bincang dengan SPR
Iklan
ANTHONY LOKE
KUALA LUMPUR - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon untuk diadakan satu pertemuan bagi membincangkan isu mengenai pendaftaran pemilih automatik dan Undi18.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau yakin bukan sahaja DAP, malah banyak parti politik merasa kecewa dengan ketetapan SPR bahawa pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada umur 18 tahun, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 disebabkan pelbagai kekangan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, keputusan SPR itu seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen sebab perkara itu telah dibincangkan serta dipinda perlembagaan sejak 2019, dan ketika itu ia dikatakan perlu mengambil masa dua tahun untuk melaksanakannya, dengan tempoh sepatutnya ialah pada Julai 2021.
"Pada peringkat PH kita akan terus bagi tekanan. Majlis Setiausaha PH juga berharap dapat berjumpa dengan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh agar kita boleh menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya dilengahkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvensyen Biasa Negeri DAP Terengganu, di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Dalam konvesyen pada Jumaat, mesyuarat yang julung kalinya diadakan di Terengganu itu telah memilih 15 ahli jawatankuasa negeri, dan sehingga kini DAP mempunyai lebih 1,000 ahli di Terengganu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>