NILAI - Seramai 10,000 usahawan pelajar daripada universiti awam dan kolej komuniti disasarkan menerima peruntukan sebanyak RM20 juta, menerusi pelaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi-Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) tahun ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mansor Othman berkata, usaha itu untuk memastikan pelajar tidak bergantung dengan pekerjaan sedia ada setelah tamat pengajian, sebaliknya mencipta peluang pekerjaan.