Kira-kira 20,000 penduduk terkandas akibat banjir di Australia
Iklan
SYDNEY - Kira-kira 20,000 penduduk terkandas akibat banjir besar melanda timur Australia pada Khamis, dengan paras air belum surut di beberapa kawasan walaupun hujan sudah berhenti, lapor Xinhua.
"Perubahan cuaca menyebabkan bahagian timur Australia dilanda hujan lebat," kata Biro Meteorologi dalam satu kenyataan.