Guru memandu mengaku bersalah cabul remaja

Iklan
Lim Yoke Pin, 70, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas tiga pertuduhan mencabul dua remaja bawah umur.

RAUB - Seorang guru memandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas tiga pertuduhan mencabul dua remaja bawah umur pada 7 dan 14 Mac lalu.

Tertuduh, Lim Yoke Pin, 70, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Iklan
Iklan

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan niat seksual memegang bahu remaja berusia 17 tahun 11 bulan di jalan raya sekitar Chamang, Bentong pada 7 Mac lalu kira-kira jam 9 pagi.

Pertuduhan kedua, pada 14 Mac tertuduh didapati dengan niat seksual memegang bahu remaja itu pada 14 Mac pada waktu yang sama dan tempat yang sama.

Iklan

Bagi pertuduhan ketiga, pada 14 Mac lalu kira-kira jam 3 petang di jalan Taman Desa Damai, tertuduh yang mempunyai amanah terhadap seorang remaja lain berumur 17 tahun 10 bulan telah melakukan amang seksual fizikal.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) di bawah akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta tambahan penjara maksimum lima tahun dan maksimum dua sebatan bagi Seksyen 16(1) akta sama.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Samira Khalili.

Sementara itu, peguam tertuduh, Emily Chong telah memohon ikat jamin keseluruhan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin kerana tertuduh telah berhenti kerja dan kehilangan sumber pendapatan selain mengalami masalah kesihatan.

Tertuduh juga perlu menanggung isteri dan salah seorang anak yang masih belajar di luar negara.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin dan 24 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh jatuh hukum serta pembentangan fakta kes.