1,384 kes baharu, enam kematian dicatatkan hari ini

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa melaporkan 1,384 kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 335,540 manakala kes aktif ialah 14,454.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu, terdapat sembilan kes import dan 1,375 kes penularan dalam negara.

"Kes penularan dalam negara melibatkan 870 warga tempatan dan 505 warga asing," katanya

Iklan

Beliau berkata, seramai 148 pesakit dirawat di unit rawatan rapi termasuk 62 memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM merekodkan enam kes kematian di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan; Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor; Hospital Sungai Buloh, Selangor dan Hospital Sibu, Sarawak," katanya.

Iklan

Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes kematian melibatkan rakyat tempatan yang berumur 56 hingga 85 tahun.

Beliau juga memberitahu, jumlah kumulatif kes kematian ialah 1,244 kes iaitu bersamaan dengan 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurutnya, KKM merekodkan sebanyak 1,058 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan jumlah kumulatif kes pulih ialah 319,842 kes iaitu bersamaan dengan 95.3 peratus.

Memperincikan jangkitan baharu Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan peningkatan kes berbanding Isnin iaitu 625 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 557 kes ialah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Menurutnya, Johor merekodkan 161 kes, diikuti Sarawak (140) dan Pulau Pinang (100).

Selain itu katanya, Kelantan mencatat (65), Kuala Lumpur (64), Sabah (60), Kedah (51), Melaka (45), Pahang (38), Labuan (14), Negeri Sembilan (10), Terengganu (tujuh) dan Perak (empat)," katanya.

Beliau berkata, sebanyak tiga kluster baharu dikenalpasti yang melibatkan tempat kerja.

"KKM mengenal pasti Kluster Balakong Jaya Dua di Selangor, Jalan Indah Gemilang Satu, Johor dan Teknologi Bukit Minyak, Pulau Pinang," katanya.

Sehingga kini, 1,310 kluster dikenal pasti dan 399 merupakan kluster aktif.