Terpedaya dengan gambar yang indah di internet

Iklan

BENARLAH kata orang. Gambar di media sosial tidak sama dengan keadaan sebenar di alam nyata.

Jika di internet kita dapat lihat yang indah-indah sahaja dan cantik belaka. Tetapi apabila di alam nyata semuanya tidak seperti yang digambarkan.

Iklan
Iklan

Gambar yang diambil itu boleh menjadi indah kerana perakamnya memilih posisi yang cantik dan kekurangan akan diketepikan.

Itu yang dialami oleh Merak Kayangan apabila melihat iklan sebuah restoran ikan bakar yang memaparkan makanan yang mengiurkan di media sosial.

Iklan

Daripada udang goreng tepung, ikan kerapu bakar, kepah masak berlada hinggalah kepada air buah yang menyamankan, semuanya nampak sedap belaka.

Ditambah dengan gambar lokasi selesa nyata ia sebuah restoran yang besar.Semuanya digambarkan dengan cukup menarik.

Iklan

Malangnya setelah menempuh hampir dua jam perjalanan, dengan keadaan perut yang lapar Merak Jalanan ternyata kecewa apabila semua yang digambarkan itu nyata meleset.

Dalam keadaan nyata, restoran itu hanya sebuah gerai kecil di tepi jalan dan sempit. Dalam keadaan penjarakan fizikal, tidak sesuai untuk menjamu selera di situ.

Daripada pemerhatian, makanan yang dihidangkan juga hanya indah khabar daripada rupa.

Melihatkan kepada keadaan itu, Merak Jalanan tidak mahu mengambil risiko mencuba makanannya pula kerana bimbang hidangannya itu juga mengecewakan.

Nasib baik di tempat berhampiran ada gerai yang menyajikan makanan enak dan menarik tanpa iklan melampau di media sosial.

Selepas ini Merak Jalanan akan lebih berwaspada dan tidak lagi terlalu mempercayai bulat-bulat semua posting di internet mengenai restoran. Terlalu percaya diri kita kecewa!