SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan dua buah negeri bermula Selasa sehingga 25 Mac.
Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata, amaran peringkat kuning itu membabitkan sembilan kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) berkuat kuasa pada Selasa.