SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin 1.0 (GKP 1.0) dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac ini.
Menurutnya, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta dan hampir 900,000 PKS mikro akan menerima bantuan berkenaan.