Pas Negeri Sembilan tetap pertahan MN, PN
Iklan
Pas Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan UMNO negeri ini menerusi Muafakat Nasional (MN) dan mempertahkan Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU15. Gambar kecil: Rafiei Mustapha
SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan UMNO negeri ini menerusi Muafakat Nasional (MN) dan mempertahkan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, ia selari dengan keputusan pimpinan Pas Pusat walaupun timbul pelbagai polemik mengenainya.
Iklan
Iklan
"Sesuai dengan pegangan Pas iaitu untuk membawa parti yang majoriti Melayu ini bersama berada dalam satu pakatan supaya kita mempunyai kekuatan berhadapan dengan Pakatan Harapan(PH).
"Kita percaya jika berlaku perpecahan dalam kalangan parti Melayu, ia tidak akan beri kemenangan kepada kita,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook Penerangan Pas Negeri Sembilan pada Ahad.
Iklan
Sehubungan itu beliau menasihatkan ahli parti itu khususnya di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai pandangan di media sosial.
Rafiei juga meminta semua ahli merujuk pimpinan Pas terutama Pusat jika ada sebarang kekeliruan atau tidak puas hati.
Iklan
"Anggaplah komen di media sosial seperti Facebook dan Twitter itu sebagai pandangan peribadi masing-masing. Setiap orang boleh meluahkan apa saja kerana kadang-kadang ada yang mempunyai agenda tersendiri, itu kita tak tahu.
"Kita sudah menjalinkan hubungan baik dengan UMNO. Jangan terlalu terpengaruh sehingga boleh menjadikan kita resah dan bimbang. Banyak bertenang,” katanya.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com