Vaksin AstraZeneca tidak mengandungi bahan babi

Iklan
Vaksin AstraZeneca. - Foto Reuters

JAKARTA - AstraZeneca memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 keluarannya tidak mengandungi bahan daripada babi.

Menerusi laporan Reuters, Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebelum ini mendakwa vaksin tersebut haram digunakan oleh umat Islam kerana mengandungi bahan daripada haiwan terbabit.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, MUI meluluskan penggunaan vaksin tersebut berdasarkan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda Indonesia ketika ini.

Pengarah AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri berkata, tiada bahan daripada babi mahupun haiwan lain digunakan dalam semua peringkat penghasilan vaksin berkenaan.

Iklan

Indonesia sedang menghadapi wabak Covid-19 terburuk di Asia dengan 1.46 juta kes direkodkan dan 39,447 kematian pada Isnin.

Iklan