Agong terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Istiadat Persembahan DMN di Istana Negara hari ini. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) di Istana Negara di sini.
Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili kerajaan.
Iklan
Iklan
Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis itu pada 3.30 petang ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, pada 15 Jan lalu dan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lalu.
Iklan
Darjah kebesaran itu lazimnya diberikan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya serta orang paling dihormati.
Darjah kebesaran itu mempunyai lima komponen utama iaitu kalung, lencana darjah pada kalung, bintang darjah, selepang darjah dan lencana darjah pada selepang.
Iklan
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Majlis penyampaian darjah kebesaran itu turut disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Peguam Negara, Tommy Thomas, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>