Berpayung semasa berkelah

Iklan
Murni Amin, 34, berpayung berikutan cuaca panas semasa menemani anaknya Aimuni Aiman, 8, (tengah) dan Naqib Aiman, 7, (kiri) berkelah di Pantai Kempadang hari ini.

Cuaca panas yang sedang melanda negara kini adalah fenomena biasa yang berlaku setiap tahun, namun itu tidak bermakna orang ramai boleh mengambil ringan risiko terutama dalam aspek kesihatan.

Pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku kepada mana-mana individu yang terdedah dengan kepanasan melampau secara berterusan dalam jangka masa lama sepanjang tempoh ini sama ada implikasi kesihatan tahap sederhana mahupun pada tahap serius yang boleh mengundang maut seperti strok haba.

Iklan
Iklan