Enam kes positif dikesan di Kluster Kampung Hilir
Iklan
SIBU - Enam kes positif Covid-19 dikesan di Kluster Kampung Hilir di sini setakat ini selepas Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) dilaksanakan sejak Khamis lepas.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, keputusan itu didapati daripada 977 sampel yang diambil pada hari pertama ACD.