Hanya sebuah sekolah ditutup di Kedah

Iklan
Notis perintah tutup premis SK Bukit Jenun, Pendang, bermula Jumaat sehingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak. gambar kecil: Najmi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah sekolah ditutup susulan ke positif Covid-19 membabitkan seorang guru di sekolah berkenaan.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun, Pendang yang ditutup buat masa ini.

Iklan
Iklan

"Setakat pengetahuan saya, hanya sebuah sekolah itu ditutup buat masa ini.

"Bagaimanapun, saya belum ada maklumat lanjut berhubung kes tersebut dan akan mendapatkan butiran berkaitan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Semalam, Notis Perintah Tutup Premis Kementerian Kesihatan (KKM) dilekatkan di SK Bukit Jenun, Pendang, dekat sini, bermula Jumaat hingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

Berdasarkan notis berkenaan, sekolah ditutup jam 2.30 petang mengikut Subseksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

Iklan