Agihan kerusi: Bersatu Kelantan serah pada Pusat
Iklan
Kamarudin turunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Hari Ladang Peringkat Jajahan Pasir Puteh dianjurkan KADA di Bendang Tok Ajam, Selising pada Sabtu.
PASIR PUTEH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pucuk tertinggi bagi menentukan jumlah agihan kerusi kepada parti itu di negeri ini untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, keputusan itu selari dengan ketetapan yang telah dibuat antara pucuk pimpinan tertinggi antara Bersatu dengan Pas berkaitan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Soal rundingan (agihan kerusi PRU-15) atau agihan kita (Bersatu Kelantan) serah kepada pusat untuk membuat keputusan.
"Kita ada kemukakan cadangan, tetapi semua ini masih lagi sulit termasuklah jumlah kerusi (yang dipohon Bersatu)," katanya ketika diminta mengulas isu agihan kerusi PRU15 antara Bersatu dengan Pas di Kelantan pada Sabtu.
Iklan
Sebelum itu, Kamarudin yang merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merasmikan Hari Ladang Peringkat Jajahan Pasir Puteh.
Menurutnya, cadangan itu tidak akan menjejaskan kekuatan dan kedudukan Pas di Kelantan.
Iklan
Beliau berkata, kemasukan Bersatu itu akan memperkukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) di Kelantan.
Katanya, Bersatu dan Pas sudah menjadi rakan kerjasama yang cukup strategik menerusi PN.
"Isu tersebut tidak akan melemahkan kerjasama antara kedua-dua parti di Kelantan.
"Hubungan baik antara Bersatu dan Pas ini bukan sahaja terjalin di Kelantan, malah ia dapat dilihat di Terengganu serta Kedah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>