Suntikan vaksin Covid-19

Iklan
Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan Orang Asli Kampung Paya Sendayan Isa Rasid, 52, bersama pasukan sukarelawan Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang Salina Raman, 32, menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut, hari ini.
Seramai 50 masyarakat Orang Asli di negeri Pahang menjadi individu terawal menerima vaksin Covid-19 sebagai galakan kepada masyarakat Orang Asli yang lain menerima vaksin bagi membuktikan vaksin tersebut adalah selamat untuk digunakan.