Tiada lagi PKP menyeluruh
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bakal melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi negara.