Masjid Temerloh Jaya terima Anugerah Masjid Malaysia 2020

Iklan
Masjid Temerloh Jaya turut menyediakan pelitup muka dan sejadah kepada jemaah kerana tidak mahu menghampakan mereka yang ingin bersolat di dalamnya. Gambar kecil: Dr Abdullah

TEMERLOH - Kesungguhan pihak berkuasa Masjid Temerloh Jaya yang berusaha mengimarahkan masjid berkenaan dan mereka bentuknya menjadi ala Dataran Madinah menerima pengiktirafan.

Pengerusi masjid, Dr Abdullah Ismail memberitahu, masjid berkenaan menerima anugerah kategori pengimarahan solat melalui Anugerah Masjid Malaysia 2020 anjuran stesen televisyen, Alhijrah yang diumumkan pada 13 Mac lalu, sekali gus meraih wang tunai RM20,000 serta sijil penyertaan.

Iklan
Iklan

Abdullah berkata, kejayaan dan komitmen pengurusan memastikan masjid terus diimarahkan dengan usaha terbaru menaik taraf ruang foyer, sekali gus menampung hingga 1,300 daripada 700 jemaah sebelum ini.

Menurutnya, ia antara perubahan besar yang dilakukan oleh pengurusan masjid untuk tahun ini

Iklan

"Walaupun kami melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana pandemik Covid-19, namun masjid tidak putus menerima kehadiran jemaah.

"Selain itu, kita mengamalkan konsep mesra jemaah iaitu turut menyediakan pelitup muka dan sejadah kepada jemaah kerana tidak mahu menghampakan mereka yang ingin bersolat di masjid tersebut," katanya pada Sinar Harian.

Iklan

Jelasnya, wang anugerah itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan jemaah selain mempergiatkan aktiviti dan program.

Masjid tersebut tular dan terkenal di seluruh negara kerana jumlah jemaah khususnya solat Subuh melimpah dan padat selain dikunjungi pelbagai pengurusan masjid dan orang ramai.