346,508 individu terima dos pertama vaksin Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu, diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465).