321,331 individu terima dos pertama vaksin Covid-19 setakat 15 Mac
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).