Sultan Selangor terima serahan zakat perniagaan RM5 juta

Iklan
Zeti menyerahkan zakat perniagaan PNB berjumlah RM5 juta kepada Sultan Selangor, hari ini

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Zakat perniagaan berjumlah RM5,069,375 juta itu diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Iklan
Iklan

Pembayaran zakat perniagaan berkenaan adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 2017.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohammed Kushrin Munawi, Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Penyelaras Zakat Selangor, Abdul Basith Hamid.

Iklan
Iklan

Majlis Penyerahan zakat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Mohd Tamyes.