[DIKEMASKINI] Budak 3 tahun lemas dalam parit

Iklan
Gambar hiasan.

TANJONG KARANG - [DIKEMASKINI] Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui lemas dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Sireh di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian pada jam 9.39 malam itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya yang bermain di hadapan rumah didapati hilang dari pandangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bapa mangsa kemudiannya mencari mangsa dan menemuinya di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan disahkan telah meninggal dunia akibat lemas," katanya.

Iklan
Iklan