Ketua agensi pengelolaan darurat AS letak jawatan
Iklan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Agensi Pengelolaan Darurat Persekutuan Amerika Syarikat (FEMA) mengumumkan peletakan jawatannya, semalam.
Memegang jawatan sejak terbabit sejak Jun 2017, Long Brock telah mengetuai beberapa operasi menangani situasi kecemasan dan darurat termasuk operasi di Puerto Rico susulan Taufan Maria yang meragut ribuan nyawa.
Long yang sebelum ini dikatakan terlibat dalam pertelingkahan berhubung penggunaan dana kerajaan berkata, sudah tiba masa untuk beliau pulang ke pangkuan keluarga.