Warga emas ditemukan rentung berhampiran katil

Iklan
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah di Kampung Tombongon, Kiulu, Tuaran.

TUARAN - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran melibatkan rumah di Kampung Tombongon, Kiulu, pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mayat mangsa Chung Pau Sang @ Joseph Chung, 80, ditemukan berhampiran katilnya selepas dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, rumah mangsa terletak jauh dari rumah penduduk lain dan mangsa dipercayai tinggal seorang diri di rumah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.29 malam.

Iklan

"Sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian bersama 10 anggota dan pegawai.

"Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, keadaan rumah mangsa sudah terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Abdul Qawie berkata, operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan sebelum api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.

"Mangsa ditemui dalam keadaan rentung berhampiran katil pada jam 12.05 tengah malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.