Hamidin sedia lepaskan jawatan Presiden MFL
Iklan
Hamidin
DATUK Hamidin Mohd Amin membuat kejutan mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semasa kongres badan tersebut yang dijangka berlangsung pada Jun depan.
Menurut Hamidin, ia bagi memberi ruang kepadanya menumpukan tugas hakikinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Iklan
Iklan
"Keputusan ini saya sudah fikirkan lama. Saya rasa saya perlu menumpukan tugas untuk menaikkan pasukan kebangsaan, futsal, bola sepak pantai dan di peringkat akar umbi.
"Saya tak perlu nak tamak kuasa. Sebelum saya lepaskan jawatan, saya akan strukturkan semula MFL sebelum saya serahkan kepada mereka menentukan siapa presiden.
Iklan
"Biarlah presiden baharu nanti fikirkan macam mana nak naikkan MFL. Namun, dalam masa sama, saya akan tetap membantu kerana MFL dan FAM saling berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-57 di Putrajaya pada Sabtu.
Hamidin dipilih sebagai Presiden MFL pada September 2019 bagi menggantikan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Iklan
Beliau turut menegaskan tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuatnya itu walaupun sedar akan menerima banyak halangan terutama daripada pemegang taruh.
"Selepas hampir dua tahun mengendalikan MFL, sekarang saya rasa ia waktu yang sesuai untuk lepaskan jawatan ini.
"Secara jujurnya saya tidak cukup masa. Jika saya nak jawatan MFL,maka saya perlu lepaskan jawatan FAM dan begitulah sebaliknya.
"Biarlah MFL diterajui orang baharu yang bebas. Namun, saya tegaskan jawatan presiden baharu itu tidak akan disandang oleh orang daripada FAM,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>