Prasarana tamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam sebagai CEO
Iklan
Muhammad Nizam Alias
KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan telah menamatkan perkhidmatan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Muhammad Nizam Alias pada 22 Februari.
Dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu, syarikat itu berkata, Datin Norlia Noah telah dilantik sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 23 Februari.
Iklan
Iklan
"Prasarana mengesahkan bahawa Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Bhd telah mengadakan mesyuarat pada 22 Februari 2021 dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam Alias.
"Prasarana tidak akan lagi mengeluarkan komen atau kenyataan mengenai perkara itu," menurut kenyataan tersebut.
Iklan
Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan bahawa Muhammad Nizam tidak mengetahui mengenai pemecatannya sebagai CEO Prasarana dan belum menerima notis rasmi daripada Lembaga Pengarah syarikat mengenai perkara itu.
Pada Selasa, Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan pelantikan Norlia yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) untuk mengambil alih daripada Muhammad Nizam. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>