Moyes mahu kekalkan Lingard bersama The Hammers
Iklan
Jesse Lingard
BIARPUN tidak dapat menurunkan Jesse Lingard berdepan Manchester United pagi Isnin nanti, pengendali West Ham, David Moyes tetap mahu mengekalkan khidmat pemain berkenaan bersama The Hammers pada masa hadapan.
Menurut Moyes, aksi cemerlang yang dipamerkan Lingard sejak menyarung jersi The Hammers telah berjaya meyakinkannya untuk mengekalkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.
Iklan
Iklan
Katanya, dalam enam penampilan bersama West Ham sejak Januari lalu, Lingard telah meledak empat jaringan dan melakukan dua assists bagi membantu rakan sepasukan menjaringkan gol.
"Sebenarnya, Lingard yang mahu menyertai kami sejak dari peringkat awal dan menyifatkan West Ham sebagai pasukan yang bersesuaian dengannya.
Iklan
"Oleh itu, besar kemungkinan kami akan menyenaraikannya pada musim perpindahan yang akan datang bagi merealisasikan hasratnya itu,” katanya.
Lingard (kiri) beraksi cemerlang sejak dipinjamkanm ke West Ham.
Pada pertemuan dengan Red Devils awal pagi Isnin nanti, Lingard selaku pemain pinjaman West Ham ketika ini, tidak dibenarkan untuk beraksi menentang kelab asalnya itu berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan.
Iklan
Sementara itu, Moyes berharap, kehadiran Lingard dapat membantu skuad kendaliannya itu menarik kehadiran lebih ramai pemain berkaliber pada masa hadapan.
Moyes berkata, pihaknya optimis berhubung perkara berkenaan berikutan prestasi baik pasukan kali ini.
"Selain kedudukan stadium kami yang berada di tengah-tengah kota London dan mampu memuatkan lebih 60,000 penonton setiap minggu, juga dilihat sebagai antara faktor yang akan menarik pemain-pemain berkaliber ke sini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>