4,000 ahli farmasi diberi vaksin Covid-19
Iklan
PUTRAJAYA - Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di negara ini akan diberikan suntikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang diadakan pada Khamis.