Tarif air di Negeri Sembilan tidak akan naik

Iklan
Aminuddin Harun. - Foto Bernama

SEREMBAN – Kadar tarif air di negeri ini tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata perkara itu diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji cadangan kenaikan kadar tarif air yang dikemukakan kerajaan pusat serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini tiada kenaikan tarif air termasuk tarif air industri selepas melihat kepada kepentingan rakyat.

"SPAN boleh cadangkan kenaikan tetapi bergantung kepada kerajaan negeri dalam mempertimbangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Iklan

Bulan lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Katanya kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.

Iklan

Sementara itu, berhubung penyerahan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Kampung Serampang Indah (Ladang Gatco), Jempol, semalam, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan wakil kumpulan berkenaan Rabu ini di Wisma Negeri.

"Semalam mereka hadir untuk menyerahkan memorandum kepada saya namun mereka enggan menyerahkannya melalui Setiusaha Sulit dan Setiausaha Kanan, jadi Rabu ini saya akan berjumpa dengan wakil mereka dan adakan perbincangan,” katanya.

Semalam, sekumpulan 60 orang berhimpun secara aman di hadapan Wisma Negeri di sini sejak 11 pagi bagi menyerahkan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Ladang Gatco, kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. - Bernama