Polis buru pengetua terlibat kes gangguan seksual

Iklan
Seorang pengetua sebuah sekolah swasta didakwa terlibat kes gangguan seksual terhadap pelajarnya berusia 17 tahun.

SABAK BERNAM - Polis sedang memburu seorang pengetua sebuah sekolah swasta yang dipercayai terlibat kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 59 tahun didakwa melakukan perbuatan terkutuk dengan meraba seluruh badan mangsa yang juga seorang saudara baharu semasa berada di bilik tidur tetamu sekolah kira-kira jam 4 petang pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengetua berkenaan juga didakwa cuba memegang kemaluan mangsa.

"Selepas kejadian tersebut, mangsa terus keluar dari sekolah terbabit kerana trauma," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Tambah Agus Salim, kejadian gangguan seksual itu mula dilakukan suspek pada awal kemasukan mangsa ke sekolah itu pada Oktober tahun lalu.

Katanya, mangsa seorang saudara baharu dijaga keluarga angkat selepas kematian ibu dan bapa kandungnya yang terbabit dalam kemalangan pada awal Mac tahun lalu.

Iklan

"Mangsa mula diganggu secara seksual iaitu dicium pada bahagian dahi oleh suspek sejak tiga hari selepas pendaftaran di sekolah tersebut.

"Suspek selalu meminta mangsa untuk menunjukkan kemaluannya tetapi mangsa enggan melakukannya," katanya.

Agus Salim berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu berlaku hampir setiap hari sehinggalah sekolah berasrama tersebut diarahkan tutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November tahun lalu.

"Bagaimanapun, sekolah terbabit dibuka semula pada 1 Mac lalu.

"Akibat trauma dengan perlakuan suspek pada hari pertama persekolahan, mangsa kemudian pergi ke rumah rakannya menumpang tidur sebelum pulang pada Jumaat ke rumah keluarga angkat dan bercerita kepada mereka tentang kejadian terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.