Wan Saiful dakwa DAP permainkan istilah 'murtad'

Iklan
Wan Saiful

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempermainkan istilah 'murtad' apabila menyamakan lompat parti sebagai perbuatan murtad.

Beliau menegaskan, istilah tersebut tidak seharusnya dipermainkan apatah lagi dengan membuat perbandingan politik,

Iklan
Iklan

"Pemimpin DAP perlu lebih sensitif dalam hal sebegini dan jangan pandang remeh urusan agama Islam.

"Jangan sesekali cuba memberi komen mengenai Islam kerana mereka jelas tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Guan Eng menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung tindakan lompat parti adalah tidak wajar.

"Dalam Islam pun tidak dibenarkan murtad, jadi kenapa pula dalam politik boleh dibenarkan melompat parti?

Iklan

"Apa yang disebut Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas terdahulu," kata Guan Eng.

ARTIKEL BERKAITAN: DAP tetap heret wakil rakyat lompat parti ke mahkamah