Sultan Selangor berkenan ke majlis pemakaian kenaikan pangkat
Iklan
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Leftenan kepada Kapten untuk Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Istana Alam Shah, Klang pada Isnin.
Menurut Istana Alam Shah dalam hantaran di Facebook Selangor Royal Office, majlis pemakaian pangkat berkuat kuasa 19 November tahun lalu itu sepatutnya berlangsung lebih awal, namun ditangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).