Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter
Iklan
PARIS - Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR), Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada Ahad.
"Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau," ciap Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.