Nahas: Ibu maut , anak parah

Iklan
Keadaan kenderaan mangsa dengan sebuah lori tiga tan. Gambar kecil: Mariani

GEMAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah manakala ibunya maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Pasir Besar di sini tengah hari tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Kassim Arippin berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dipandu mangsa, Mariani Ahmad,31, sebuah lori tiga tan dan sebuah lori ais satu tan.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat awal, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai dirempuh lori tiga tan tersebut yang mana sebelum itu berlaku kemalangan antara lori ais dengan lori tiga tan.

"Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.01 tengah hari dan seramai 12 pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gemas bergegas ke lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Anak mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Segamat, Johor manakala mangsa lain yang cedera dihantar oleh orang awam ke klinik berhampiran.

Iklan

"Kes ini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.