Saifuddin mahu ambil suntikan vaksin Sinovac

Iklan
Saifuddin (tengah) beramah mesra bersama pemandu teksi pada penyampaian sumbangan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan pada Ahad.

KUANTAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan beliau akan mengambil suntikan vaksin Sinovac keluaran China.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi meyakinkan kepada masyarakat bahawa vaksin Sinovac juga selamat.

Iklan
Iklan

"Saya memutuskan untuk bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mengambil suntikan vaksin Sinovac itu, walaupun bukan pada hari yang sama.

"Keputusan itu dibuat kerana saya mahu mengatasi berita palsu mengenai vaksin ini kerana yakin ia selamat," katanya menyampaikan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan pada Ahad.

Iklan

Seramai 180 penerima yang terdiri daripada pemandu teksi, bas dan peniaga menerima sumbangan bakal makanan pada program terbabit.

Pada 27 Februari lalu, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sebaliknya akan menjadi orang pertama mengambil vaksin Sinovac.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 'Saya akan ambil vaksin yang seterusnya'

Ditanya mengenai suntikan vaksin kepada pengamal media, Saifuddin berkata, beliau sudah membuat permohonan itu kepada MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun katanya, maklumat terperinci mengenai penerimaan suntikan itu masih belum diputuskan.

"Permohonan telah dibuat supaya memasukkan pengamal media dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tetapi saya tahu keutamaan diberikan kepada mereka yang secara langsung berurusan dengan isu keselamatan.

"Vaksin ini datang secara berperingkat dan sebab itu juga saya tidak tahu bila pengamal media akan menerima suntikan vaksin," katanya.