Pemimpin kini hanya pentingkan diri, konco
Iklan
RAFIDAH AZIZ - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Situasi politik negara kini berubah apabila pemimpin sedia ada lebih mementingkan diri sendiri dan ‘konco-konco’ mereka.
Tan Sri Rafidah Aziz berkata, tindakan itu dilihat menyeleweng dari landasan sebenar.
Iklan
Iklan
"Saya lihat politik hari ini sudah beralih daripada politik pembangunan negara dan rakyat kepada politik pembangunan diri sendiri dan konco-konco.
"Jadi maknanya sudah menyeleweng. Kalau dulu kita buat apa yang patut untuk rakyat dan negara tetapi hari ini, rakyat dan negara diketepikan begitu sahaja,” katanya.
Iklan
Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana darurat yang dilaksanakan di Malaysia ketika ini didakwa lebih bermotif politik namun menjadikan Covid-19 sebagai alasan.
"Darurat pun boleh dibuat demi kepentingan diri dan kelompok. Jadi tak payah adakan sidang Parlimen padahal satu dunia tetap bersidang tetapi kita tak boleh.
Iklan
"Banyak urusan tertangguh. Malah menteri boleh pula ke sana sini. Saya tak faham multiple standard yang diamalkan. Bila ini cara pentadbiran negara, rosaklah negara.
"Dasar dibuat juga berubah setiap hari. Esok orang tegur, lusa ubah suai. Sepatutnya dipanggil ramai-ramai (sidang) supaya ketentuan ada (dasar), macam kita buat dulu.
"Bila satu dasar diterima semua, esok sudah boleh laksanakan sebab semua orang tahu dasar itu memang bagus,” katanya.
Rafidah berkata, keadaan itu menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat ketika negara kini berdepan pandemik Covid-19.
"Ramai rakyat terkesan, hilang pekerjaan. Macam-macam masalah ekonomi dan sosial timbul. Jadi bila ditambah pula keraguan pentadbiran, rakyat bukan sahaja risau tetapi marah.
"Jadi politik hari ini bukan lagi politik parti sebaliknya politik nak pegang kuasa sampai mati. Saya tak terfikir dapat melihat politik yang kucar-kacir ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>