PM tiba di Jeddah mulakan lawatan rasmi
Iklan
JEDDAH - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada Sabtu untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi.
Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz pada 5.31 petang (10.31 malam di Malaysia) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Datin Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri Najwa Hasbullah.