Tempat ketiga pencapaian terbaik ATM Guardian

Iklan
ATM Guardians berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga STL Champions Cup 2020.

ATM Guardian menjelaskan bahawa kedudukan tempat ketiga pada kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 adalah yang terbaik sepanjang penyertaan pasukan itu.

Pengurus Pasukan ATM Guardians, Mejar Tajul Hisyam Mamat berkata, ini kerana pada dua edisi sebelum ini pasukan itu gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini perjalanan kita hanya setakat peringkat kumpulan tetapi untuk STL Champions Cup kali ini berbeza biarpun tidak berjaya ke perlawanan akhir tetapi kita berjaya melepasi peringkat separuh akhir.

"Alhamdulillah kita menamatkan saingan di tempat ketiga dan saya lihat ada peningkatan daripada pemain setiap musim.

Iklan

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada setiap pemain atas semangat yang ditunjukkan mereka dan mungkin rezeki belum menyebelahi kita untuk beraksi pada final STL Champions Cup,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, regu ATM Guardians menewaskan juara tahun lalu, Johor Tigris 21-14, 21-10.

Iklan

Ditanya mengenai perancangan bagi 2021, Hisyam berkata, pihaknya melihat keperluan bagi memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda atau pelapis dalam kejohanan utama.

"Kita tidak boleh selamanya mengharapkan regu utama kerana akan sampai kepada masa mereka bersara atau mengalami kecederaan. Jadi penting untuk kita dedahkan pemain muda kepada kejohanan lebih besar,” katanya.