Jangan jadikan agensi kerajaan senjata politik: PH

Iklan
Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sekali gus memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen, pegawai dan ahli keluarga.

Menurut satu kenyataan bersama, difahamkan tindakan agensi kerajaan yang dilakukan didakwa untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

"Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang tetapi sebarang penyalahgunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima.

"Kami percaya ini telah dilakukan terhadap termasuk Lim Guan Eng dan isteri, Larry Sng, Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap Datuk Dr Xavier Jayakumar,” kata mereka pada Jumaat.

Iklan

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Jumaat.

Dalam pada itu, PH mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan PN.

Iklan

Kata mereka, pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

PH kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan.

Tindakan"memeras" perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan.