1,050 'frontliner' Sandakan terima suntikan vaksin Covid-19
Iklan
SANDAKAN - Seramai 1,050 petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan di Sandakan, tersenarai untuk menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di Hospital Duchess of Kent di sini bermula pada Jumaat.
Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar, jumlah itu melibatkan 90 petugas kesihatan pada Jumaat, manakala 480 lagi petugas kesihatan akan menerima suntikan esok.