Istiadat penganugerahan pingat Pulau Pinang pada 17 dan 18 Mac
Iklan
GEORGE TOWN - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2020 akan diadakan pada 17 dan 18 Mac ini di Setia Spice Convention Centre.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, istiadat itu hanya membabitkan Penerima Darjah Bergelar dan Jemputan yang terhad.