Vaksin Covid-19 hanya diuruskan KKM, MOSTI
Iklan
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin Covid-19 termasuk secara dalam talian.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, vaksin Covid-19 hanya diuruskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).