Hajiji terima vaksin Covid-19
Iklan
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendahului penerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sempena Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Sabah pada Khamis.
Hajiji menerima suntikan itu pada jam 9.58 pagi bersama dua lagi penerima vaksin lain iaitu Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.