Struktur Lebuhraya SUKE runtuh

Iklan
Sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak di sini runtuh dan menghempap sebuah van yang dinaiki lima individu hari ini.
Insiden pada kira-kira 6 petang itu melibatkan sebuah lori membawa jengkaut yang telah melanggar binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang terletak berhadapan Terminal Bersepadu Selatan.