Kluster tempat kerja terus catat jumlah tertinggi
Iklan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti dengan sembilan melibatkan tempat kerja, satu kluster komuniti di Melaka dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah di Selangor (Jalan Perubatan; Tapak Bina Jalan MP; Balakong Satu dan Jalan Utarid); Johor (Jalan DPB Lima); Kelantan (Jalan Bachok); Kedah (Jalan PKNK 1/6); Pahang (Sri Jelutung); dan Negeri Sembilan (Jalan Sikamat Lama).