Bursa Malaysia tinggi pada awal dagangan
Iklan
Malacca Securities menjangkakan bursa tempatan akan menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat susulan perubahan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang diumumkan pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu, didorong oleh pemulihan momentum belian.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.14 mata atau 0.52 peratus kepada 1,578.01 daripada 1,569.87 pada Selasa.
Iklan
Iklan
Indeks petunjuk utama itu naik 7.03 mata kepada 1,576.9 sewaktu urus niaga dibuka.
Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 288 berbanding 215 manakala 302 kaunter lain tidak berubah, 1,348 tidak diniagakan dan 9 yang lain digantung dagangannya.
Iklan
Jumlah dagangan sebanyak 566.29 juta unit bernilai RM243.72 juta.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan akan menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat susulan perubahan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang diumumkan pada Selasa.
Iklan
"Selain itu, jumlah kes harian Covid-19 telah merosot ke paras terendah setakat tahun ini. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sentimen negatif semalaman di Wall Street juga boleh mengekang potensi peningkatan di peringkat tempatan," katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Malacca Securities juga menyifatkan laporan media mengenai pelonggaran sekatan perjalanan akan terus menarik pembeli terhadap saham-saham yang pulih manakala peniaga mungkin menumpukan sektor seperti pengguna, peruncitan serta pembinaan.
"Selain itu, prestasi saham-saham teknologi pula dijangka akan didorong oleh keputusan membabitkan UWC Bhd,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menokok enam sen kepada RM8.14, Public Bank naik empat sen kepada RM4.26, TNB meraih 10 sen kepada RM10.46, CIMB menambah satu sen kepada RM4.29, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM7.53 dan RM5.50 manakala Axiata susut lima sen kepada RM3.43 dan MISC jatuh tiga sen kepada RM6.73.
Bagi saham aktif, UWC melonjak 17 sen kepada RM6.70, Parkson menokok 5.5 sen kepada 24.5 sen, Kanger International naik satu sen kepada 11.5 sen, Mestron meningkat dua sen kepada 29 sen, TFP Solutions meraih 1.5 sen kepada 22 sen, Aimflex sebaliknya berkurangan 1.5 sen kepada 30 sen, Grand-Flo merosot 7.5 sen kepada 50.5 sen dan AMMB Holdings turun 35 sen kepada RM2.81 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 32.47 mata kepada 11,608.99, Indeks FBMT 100 meningkat 32.29 mata kepada 11,307.01, Indeks FBM Emas Syariah naik 31.33 mata pada 12,921.88, FBM ACE menokok 35.19 mata kepada 10,606.55 dan FBM 70 susut 55.64 mata kepada 15,480.2.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.35 mata kepada 184.39 manakala Indeks Perladangan menokok 20.77 mata kepada 7,160.05 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 34.62 mata kepada 15,067.45. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.