Suntikan vaksin Covid-19

Iklan
Vaksin COVID-19 yang digunakan jururawat semasa melakukan proses suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19, Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Seramai 288 petugas HPP disuntik vaksin Covid-19 setiap hari bermula semalam dengan sebanyak 48 botol vaksin digunakan kepada barisan hadapan dan seramai 5,000 kakitangan HPP akan menerima suntikan vaksin dos pertama yang dijangka selesai pada minggu ketiga bulan ini.