Lelaki cedera, paraglider terhempas

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Seorang juruterbang sukan luncur udara, Shahrizal Daud cedera pada bahagian tangan kanan setelah paraglider dikendalikannya terhempas di Padang Kompleks Kastam di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, sebelum kejadian berlaku pada 7.10 malam itu, paraglider milik persendirian itu sedang melakukan demonstrasi penerbangan.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan kini mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sebuah lori pengangkut diiringi sebuah kereta polis membawa keluar paraglider itu kira-kira 8.53 malam. - Bernama

Iklan
Iklan