Mohd Taufek negatif Covid-19

Iklan
Datuk Mohd Taufek

SEREMBAN - Exco Belia dan Sukan, Datuk Mohd Taufek Abd Ghani termasuk semua pegawai di Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan serta kakitangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Paroi berada dalam keadaan sihat dan dilaporkan negatif Covid-19.

Mohd Taufek berkata, semua pegawai di pejabatnya diarah untuk jalani ujian calitan setelah pegawai khasnya disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan sihat dan hasil keputusan calitan Covid-19 yang dilakukan semuanya adalah negatif.

"Namun saya masih lagi menjalani kuarantin kendiri atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sehingga 7 Mac," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) semua kakitangan dan pegawai di pejabatnya telah membantu menyekat daripada penularan wabak tersebut.

Katanya, pejabat dan pusat khidmatnya belum dibuka lagi berikutan semua kakitangan kini masih jalani proses kuarantin dan kerja-kerja sanitasi di kawasan terlibat akan dilakukan dalam masa terdekat.

Iklan

Pada Rabu lalu, pegawai khas kepada ADUN Paroi itu disahkan positif Covid-19 dan disebabkan itu semua kakitangan di Pejabat ADUN Paroi terpaksa menjalani ujian calitan.